Sunday, September 29, 2013

kita berfrog hari ini sehingga esok la yoo

ingat tak post yang hari tu saya menghadiri pelancaran frog......hari ni saya menghadiri bengkel nyer di PPD Muar.Sangat intersting dan tidak memboringkan seperti kursus yang lain.

Friday, September 20, 2013

Medan free n easy....2013


Pemandangan dari Bilik Hotel Madani 


Menunggu Flight yang delay hampir 2 jam


Dak Amir,Mak n ayah





Pemandangan Jam 6.30 pagi 

            AA ada wat promo dalam bulan Januari ,ricki dapat rembat tiket murah ke Medan Sumatera Utara dengan harga yang paling murah,untuk 10 orang termasuk ayah mertua dan ibu mertua,adik ipar dan biras dengan anak mereka dan kami berlima.......4 April lalu berlepaslah kami ke Bandara Polonia Medan .....lawatan singkat 3 hari 2 malam.Segala urusan tiket,boarding pass saya siap print dari rumah...tempahan hotel di Medan ,kebetulan dapat menginap di Hotel Madani berhadapan dengan Masjid Maimon dan berdekatan dengan istana Maimon memudahkan segala urusan..

           Hari kedua setelah tiba pada waktu malamnya di Medan .....kami semua tido dan pagi sabtu memulakan lawatan kami ke Masjid dan istana maimon,tengahari kami menyewa kereta dan pemandu membawa kami melawat sekitar Medan,iaitu Taman buaya Asam Kumbang,pasar ikan dan gedung membeli belah disekitar Medan...pada petangnya kami ke Pasar Ikan yang terkenal dengan gedung tekstil dan baju-baju ,tapi amat tidak selesa kerana diganggu dengan penjual jalanan yang memaksa kami untuk membeli barangan mereka sehingga kami rimas dan cepat meninggalkan pasar ikan.Pak Benny supir kami membawa kami keluar kemudian ke Gedung Tekstil di sekitar Jalan Riau.Malamnya kami keluar makan disekitar Hotel dimana letaknya Food Court yang agak bersih dan ada sebuah kedai serbanika INDOMARET yang seakan sama dengan 7 Eleven di Malaysia.

                 Hari terakhir pada Ahad 6 April kami bersiar sekitar kawasan kompleks Simpang Raya YUKI yang terletak bersebelahan dengan Hotel.Tak da apa yang menarik cuma sekadar melihat keadaan kota medan yang agak sibuk dan macet.Penerbangan pulang kami jam 5.00 ptg waktu WIB dan tiba di LCCT jam 7 malam.Tertunai sudah hajat kami suami isteri membawa ayah dan mak mertua saya berlibur di Indonesia.Insyaallah kami akan bertandang lagi ke Sumatera Utara.

Wednesday, September 18, 2013

Jikalau ini berlaku kat Malaysia mesti bestkan



      Jika kerjaya kita dianggap profesional tidak diperkotak katikkan dengan tugas yang bukan hakiki ini lah yang terjadi pada sistem tutttuttut kita kat mesia ni....jadi kita akan jadi maju seperti dicanangkan oleh pemimpin peminpin yang diatas sana.

Bahagiakah bila berada di negara paling bahagia di dunia??

            ini adalah kisah yang saya paste dari seorang warga malaysia yang menetap di Denmark.....kredit to mr imran dari blog dari klate ke copenhagen yang menceritakan tentang negara denmark .....
saya rasa adakah MALAYSIA berada diantara negara yang paling bahagia.....kunun wawasan 2020
Alhamdulillah nukilan tak seberapa yang dikarang oleh penulis DKKC telah tersiar di ruangan rencana di website 'the Malaysia Insider'. Hantar untuk ruangan 'opinion' keluar jadi rencana plak. tapi tak kisah la..Bahagiakah bila berada di negara paling bahagia di dunia??

The Malaysian Insider
Rencana
PUNCA DENMARK MENJADI NEGARA PALING BAHAGIA DI DUNIA
- MUHAMMAD IMRAN ISMAIL
Nyhavn, pelabuhan kecil di Denmark. Penuh dengan orang tak kira musim panas atau sejuk
Salah satu iklan menarik di Copenhagen. Diskaun untuk membeli cenderamata berdasarkan umur. Umur 52 dapat 52% diskaun, kalau 78 tahun dapat 78% dan kalau 100 tahun, free je kot. 
Berbasikal ke mana-mana saja
Nenek warga emas berjoging semasa salji masih tebal


           Denmark sekali lagi mengekalkan takhta sebagai negara paling bahagia di dunia
berdasarkan laporan tahunan kedua yang dikeluarkan oleh UN Sustainable
Development Solutions Network, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam
Laporan Kebahagiaan Dunia 2013  (World Happiness Report 2013). 
Tahap kegembiraan sesebuah negara dinilai berdasarkan enam elemen penting iaitu 
kesihatan jangka hayat (health life expectancy), persepsi terhadap rasuah 
(perceptions of corruption), KDNK per kapita (GDP per capita), kebebasan untuk 
membuat pilihan hidup(freedom to make life choices), sokongan sosial (social support) dan 
juga kemurahan hati (generosity). Laporan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik 
di Earth Institute di University of Columbia itu mengklasifikasikan tahap kebahagiaan pada
 skala 1 hingga 10. Denmark mendapat 7.693 mata manakala Malaysia pula berada 
di tangga ke-56 dengan 5.760 mata dari keseluruhan 156 negara yang tersenarai.
Apa yang menarik, kelima-lima negara yang mengungguli carta negara paling gembira 
atau bahagia di dunia adalah negara yang terletak di utara eropah iaitu 
Denmark (1), Norway (2), Switzerland (3), Netherlands (4) dan juga Sweden (5). 
 Jadi, apakah punca sebenar rakyat di negara tersebut gembira dan bahagia? 
Adakah faktor cuaca dan lokasi sesebuah negara?
Daripada pemerhatian dan pengamatan penulis yang berada di bumi Denmark selama 
hampir tiga tahun, terdapat banyak faktor yang mendorong Denmark menjadi negara 
paling gembira di dunia. Apa yang pasti ia bukan disebabkan faktor cuaca kerana negara 
di skandinavia mengalami musim sejuk yang panjang. Mana mungkin, seseorang itu
 boleh menjadi lebih gembira sekiranya sentiasa dibelenggu cuaca yang sejuk dan
 dingin sepanjang tahun. Jadi apakah faktor sebenar yang melayakkan Denmark 
digelar sebagai negara paling bahagia?

Kebajikan rakyat terjaga  Denmark sememangnya cukup dikenali sebagai 
model contoh sebuah negara kebajikan. Semua warganegara mempunyai 
hak yang sama dalam aspek keselamatan sosial dan beberapa perkhidmatan 
disediakan untuk rakyat secara percuma. Contohnya kemudahan kesihatan.
 Di Denmark, setiap individu bebas memilik klinik panel dan doktor keluarga masing-masing. 
Ini termasuk semua penduduk sama ada berstatus penduduk tetap ataupun sementara. 
Semua diberikan insurans kesihatan bagi menjamin kebajikan orang yang menetap 
di Denmark terjaga.
Tidak keterlaluan dinyatakan bahawa negara ini turut menitikberatkan kebajikan haiwan 
peliharaan.Penulis sendiri pernah melalui pengalaman yang merumitkan walau sekadar ingin 
memelihara ikan kecil di dalam rumah. Ini adalah kerana untuk memelihara ikan, 
sampel air di rumah perlu dihantar untuk dianalisis dan perlu membeli akuarium yang 
mempunyai saiz tertentu serta lengkap dengan peralatan khas termasukkan sistem 
pengaliran udara dan juga penapisan air. Pendek kata, jika tuntutan tersebut tidak dapat 
dipenuhi maka ikan tidak akan dijual. Semua langkah ini dijalankan bagi memastikan
 kebajikan ikan yang bakal dipelihara terjaga.
Pendidikan percuma
Dalam sistem kebajikan Denmark, pendidikan juga adalah percuma dari sekolah rendah 
hingga universiti. Kadar literasi di Denmark antara yang tertinggi di dunia iaitu 99%.  
Pendidikan awal kanak-kanak lebih tertumpu sebagai tempat membina kemahiran berdikari 
dan bersosial serta menyuburkan nilai murni dan jati diri. Pelajar sekolah tidak terbeban 
dengan timbunan kerja sekolah yang perlu dilangsaikan setiap hari. Sekali seminggu, 
guru akan membawa kanak-kanak kecil melawat zoo, muzium, taman rekreasi dan 
tasik dengan hanya menaiki pengangkutan awam seperti bas dan juga keretapi
 tanpa perlu menempah bas sekolah atau van. Mudah dan senang bukan?
Semua mahasiswa di universiti tidak perlu membayar yuran pengajian bagi 
institusi pengajian tinggi awam dan juga hampir semua institusi pengajian tinggi swasta.
 Malahan semuanya ditawarkan bantuan kewangan bulanan yang dikenali sebagai 
Statens Uddannelsesstøtte  (The State's Educational Support). Institusi pendidikan 
di Denmark mempunyai tahap yang tinggi dan menggabungkan pendekatan pembelajaran 
yang inovatif bagi menghasilkan pelajar yang berperananan aktif dalam masyarakat 
berasaskan pengetahuan global. Apa yang menarik, institusi pendidikan turut mendapat 
manfaat daripada kerjasama yang erat dengan pihak industri dan institusi 
penyelidikan lain bagi memperkayakan suasana pembelajaran yang efektif untuk pelajar.
Kerja sedikit, gaji banyak
Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun lalu melaporkan 
pekerja di Denmark mempunyai purata tempoh waktu kerja yang kedua terendah selepas 
Netherlands iaitu hanya 33 jam seminggu. Semua pekerja turut memperolehi 
sekurang-kurangnya lima minggu cuti bergaji untuk bercuti di musim panas. 
Tidak dinafikan pekerja di Denmark juga turut selesa menikmati gaji bulanan yang tinggi. 
Misalnya gaji minimum yang disyaratkan oleh kerajaan Denmark adalah 
115 danish kroner iaitu kira-kira RM66 sejam.
Bagaimanapun, pekerja dikenakan cukai yang cukup tinggi. 
Purata cukai yang dikenakan adalah dari 38-55% bergantung kepada jumlah pendapatan tahunan. 
Malah, potongan cukai boleh mencapai sehingga 68%. 
Walaupun cukai yang dikenakan tinggi, warga tempatan seolah reda kerana 
mereka sama-sama dapat menikmati kemudahan dan prasana kelas pertama 
yang disediakan kerajaan. Misalnya, jaringan pengangkutan awam yang efisen serta pilihan 
perkhidmatan internet dan telekomunikasi yang baik.
Selain itu, undang-undang buruh negara Denmark mengamalkan konsep 
'flexicurity' iaitu gabungan unik di antara fleksibiliti (flexibility) dan juga 
keselamatan ataupun jaminan (security). Konsep unik ini membolehkan  majikan 
bebas melantik atau memecat pekerja. Bagaimanapun, sekiranya dipecat, 
pekerja tersebut akan dilindungi kerajaan yang mana penganggur berhak mendapat 
gaji minimum yang membolehkannya menyara hidup sehingga mendapat kerja
 yang baru dalam tempoh dua tahun.
Pekerja juga mempunyai waktu kerja yang fleksibel. Kebanyakan 
majikan membenarkan pekerja memilih waktu masuk kerja. 
Apa yang penting kerja yang ditugaskan diselesaikan dalam tempoh 
waktu kerja yang ditetapkan. Lebih menarik, ibu yang melahirkan anak boleh 
mendapat cuti bersalin dengan gaji penuh sehingga setahun. 
Manakala si bapa pula boleh mendapat cuti bergaji jika pasangan bersalin hingga tiga bulan. 
Menarik bukan?
Persekitaran sihat dan selamat
Penduduk di sekitar bandar Copenhagen gemar menggunakan basikal untuk ke sesuatu tempat. 
Oleh itu kesesakan lalu lintas adalah sangat kurang walaupun pada waktu puncak. 
Situasi ini bukan sahaja baik untuk alam sekitar malah baik untuk kesihatan. 
Masyarakat tempatan juga gemar melakukan aktiviti riadah tanpa mengira waktu. 
Seringkali kelihatan orang ramai bersenam dan berjoging tidak kira dalam kehujanan, 
pada waktu malam malah semasa salji turun sekalipun. 
Di kawasan kejiranan pula banyak disediakan taman kecil dan tempat beriadah. 
Sementelahan  itu, jika cuaca baik, maka berpusu-pusu orang ramai keluar 
bersiar-siar atau hanya sekadar duduk di bangku di beranda sambil menikmati sinar mentari.
Malah sewaktu musim sejuk sekalipun mereka gemar menceriakan 
suasana sambil beristirehat di rumah dengan memasang lilin beraroma atau
 lebih dikenali sebagai 'hygge' dalam bahasa tempatan. Perkataan itu sendiri 
sebenarnya sukar didefinisikan kerana mempunyai konotasi berbeza-beza. 
Tetapi boleh ditakrifkan sebagai keselesaan. Contohnya, dengan menikmati 
secawan kopi sambil dibaluti selimut sambil membaca buku. Suasana sebegini
 sudah tentu mendamaikan dan membuatkan hati menjadi tenang dan selesa.
Antara faktor lain yang menjadikan seseorang itu sentiasa gembira adalah apabila berasa selamat.
 Kadar jenayah di Denmark secara keseluruhannya rendah. 
Jarang sekali terdengar kes tembakan, kecurian atau rompakan. 
Tirai besi tidak diperlukan untuk membaluti tingkap kaca rumah.
 Anak kecil juga boleh bebas bermain di sekitar kediaman tanpa
 ibu bapa perlu risau bahaya kes penculikan.
Lantaran itu, faktor sebegini mendorong rakyat di Denmark menjadi sentiasa 
ceria dan gembira serta sangat berpuas hati dengan kehidupan masing-masing.
 Memang penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia tetapi 
kekayaan sesebuah negara bukanlah menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan.
* Penulis adalah pelajar yang baru menamatkan ijazah sarjana di Copenhagen, Denmark.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
P/S: Terima kasih editor TMI sudi siarkan. Terima kasih juga atas pembetulan. 
Perkataan 'redha' rupanya ejaan yang betul adalah 'reda'. Tapi ada satu lagi editor 
tak perasaan, perkataan 'and' terlupa dipadam pada perenggan kedua. 
Tapi tak pe, janji mesej dan info yang nak disampaikan, sampai kepada pembaca 

Tuesday, September 17, 2013

Finland's Formula for School Success (Education Everywhere Series)



      so sekarang ni kita belajar bagaimana Finland....(Scandinivia country) yang terceruk jauh membina sistem pendidikan mereka menjadi negara maju.Saiz yang sama dengan Malaysia....tidak ada sumber tapi Malaysia lebih kaya...mungkin salah tadbir urus kot...dengan manfaat teknologi yang digunakan semaksimum dan guru-guru yang sentiasa positif dan bukan mengejar pangkat dan gaji yang tinggi.

      kemudahan yang tip top tidak ada unsur-unsur mengambil untung....hahahahaaa...disediakan untuk warga mereka.so nengok jelah video ni....

Apabila belajar dan mengajar itu menyeronokan......bukan mengejar rangking ....apa apa jelah on step ahead...laaa sangat



Kat mesia ni......banyak orang memperkatakan anak orang tu cemerlang...bla...bla..bla apakah sistem pendidikan kita bertaraf dunia.....takyah nengok jauh-jauh nengok jer seberang tambak....mereka dah jauh meninggalkan kita...padahal dulu dia adalah sebahagian dari kita.Asyik berpolitik......kroni sana kroni sini....nampak sangat kita dah ketinggalan jauh....malah Indonesia pun lebih baik dari kita dari segi pendidikan.....selang 5 tahun berubah dasar......berubah nama kementerian.....5 tahun lagi berubah lagi......sedangkan bangsa lain semakin maju dan maju....kita makin ketinggalan.....

    tak yah citer pasal ekonomi.....kita asyik ditipu setiap hari dengan momokan media arus perdana yang langsung tidak membina.Isu pendidikan juga di politikan....makan kat bilik pesalinan pun isu besar.Nak citer lebih-lebih pulak nanti kena block pulak.So kekawan cikgu-cikgu yang lain muhasabah diri anda dimana kita sekarang....adakah kita begitu begitu juga anak didik kita adalah cerminan diri kita sebenarnya.

Friday, September 13, 2013

Memperkenalkan Frog VLE (Guru)



       Hari ni saya dan beberapa orang guru dan pentadbir menghadiri pelancaran FROG VLE ni di SMK Dato Sri Amar....sangat interesting la jugak untuk menggunakan aplikasi ini.Memudahkan tugas guru dan key paling penting tidak malas untuk memperbaharui PDP kita....yg kuno tu chalk and talk.FT dah bekalkan id dan password cume kita jer yg perlu menggunakanya untuk explore dimana setiap guru dan murid akan dibekalkan dengan id dan password dan satu akaun percuma seakan twitter dan facebook tu dimana kita boleh access utk uploadkan homework,nota dan gambar-gambar yg berkaitan dgn pdp kita didalam kelas,kita juga boleh interaksi dgn forum dan chating live dgn murid dan juga ibubapa.
     
       Kalau murid di Nanga atau Song di Sarawak yg jauh dipedalaman boleh mengakses FROG ni kita yg tinggal di kawasan barat ni lagilah boleh so ni satu aplikasi yg amat berguna untuk kita gunakan.

Friday, September 6, 2013

Contoh Sekolah yang ideal walaupun kecil tapi bermakna (Adakah ini Sekolah Kebangsaan)




   Saya begitu mudah terusik dan memahami jiwa pendidik dijadikan sedemikian rupa apabila ditakdirkan menjadi pendidik.takdir kita adalah murid-murid kita ....acuan bagaimana kita hendak bentukkan.Saya lihat sekolah tersebut begitu kondusif untuk murid-muridnya.Memberikan pendidikan adalah untuk semua....bukan hanya dibilik darjah.....orang kata waktu instruksional....moralnya semua aktiviti melibatkan luar dari kelas juga dikira sebagai pendidikan...waktu makan dikantin,sambutan perayaan dan sebagainya.tetapi ruang lingkup ini disalah tafsirkan oleh segolongan pentadbir pendidikan yang kekadang alpa dengan tindakan yang mereka buat.....fikirkanlah anda sebagai pendidikan pernah mengalaminya.

  Holisitk....kemanusian.....bagaimana orang jepun dan korea yang pernah hidup dalam kedaifan akibat peperangan bangun menjadi bangsa yang maju pada abad ini.Back to basic mereka mempertahankan kebudayaan mereka jati diri mereka....anak-anak kecil adalah masa depan mereka.Bahasa dan budaya dipupuk semenjak kecil....bukan menjadikan bahan kajian .Contoh paling hampir dengan kita SJK Cina yang mempertahankan status quo mereka bagi survival mereka....tak mau ulas lanjut paham-paham sendiri.

  So video kat atas tu sebagai tatapan atau refreshment untuk kita wahai golongan guru.saya hanya guru biasa-biasa bukanlah hebat lantaran ini adalah sumber rezeki kita biarlah ia menjadi BARKAH....

Proven classroom management tips & strategies




kekadang kita kena lah refresh balik apa yang dipelajari sewaktu di Maktab atau Universiti agar ia sesuai dengan situasi kelas kita.......ubahlah pemikiran kuno disekolah kita yang hanya mementingkan figure dan nak melahirkan pelajar yang cemerlang.......dalam erti kata menjadi manusia yang cemerlang dan kemanusian.....

kelas yang ideal untuk Pdp kita.........



Base on pengalaman kelas yang ideal akan menjadikan murid kita lebih positif untuk belajar ......suasana yang kondusif membangkitkan aura untuk belajar terutama murid sekolah rendah.Cuba lihat video ni mungkin boleh membantu kita kot untuk menjadikan kelas kita lebih menarik susun aturnya.

Sunday, May 12, 2013

Disney Parade

20120605_153906 by fizi4924
20120605_153906, a photo by fizi4924 on Flickr.

Setiap hari jam 4 ptg ada parade......wow best.

Setiap 10 minit ada show on the street.....


20120605_103320 a video by fizi4924 on Flickr.

Ni kat USA street......

Dalam MTR Tung Chung ke Sunny Bay(Disneyland Line)

20120605_084603 by fizi4924
20120605_084603, a photo by fizi4924 on Flickr.

MTR kat HK ni bersepah line dia...setiap 500M ada jaringan public transport....sgt efisyen..

Tiket masuk HK Disneyland

20120605_092155 by fizi4924
20120605_092155, a photo by fizi4924 on Flickr.

Dewasa RM140 kanak-kanak RM110 jerr.....HKD399 HKD100/RM39 aku siap-siap beli online sebelum ke HK

Pintu masuk Disneyland HK

20120605_092117 by fizi4924
20120605_092117, a photo by fizi4924 on Flickr.

Impian kanak-kanak ....termasuklah aku yg berusia 38 tahun ni akhirnya tertunailah impian tu

20120605_085547

20120605_085547 by fizi4924
20120605_085547, a photo by fizi4924 on Flickr.

Gambar kami di HK Disneyland

Friday, May 10, 2013

part 2 : BN atau PAS

   PRU 13 telah pun berlalu seminggu yang lepas....hidup kita perlulah diteruskan life goes on no matter apa punyang terjadi kita kenalah rehda dengan ketentuanya.Trend atau corak wahhh aku bereksperimen lah pulak manusia ni kian berubah menjadi lebih matang begitu juga dengan persekitaran  politik  Malaysia terutama di Semenanjung nmenunjukkan corak perubahan pemikiran rakyat seperti aku yang sudah terdedahkan dengan pelbagai media alternatif dan selalu melawat ke negara asing samada yang lebih baik dari Malaysia atau lebih teruk dari Malaysia.Sekadar melegakan hati ini mungkin Allah Taala kata terbaik untuk kita kita semestinya terima ketentuanya,bersabar .

   Biarlah masa yang menentukanya apa jua keputusanya itulah yang terbaik.Kekhilafan dan kejahilan kita yang agak keterlaluan kita kembali semula kepangkal jalan.MELAYU....apa akan terjadi dengan suvival bangsa kita.Jauh dari sudut hati kita perlu bersatu....untuk meneruskan kehidupan kita.Oleh yang demikian belajarlah menerima kekalahan dan yang menang jangan terlalu angkuh dengan kuasa anda kerana anda tidak menang dengan selesa jalankan tanggungjawab anda kerana AMANAH yang dipikul amat berat.....

  Kini semua orang sedang menunggu dan memerhati anda adakah anda menjalankan tanggungjawab anda cubalah belajar dan mengetahui apakah yang rakyat bawahan yang hina ini mahu....

Saturday, May 4, 2013

part 1 :BN atau PAS yerr sekadar berkongsi kenangan bersama Allahyarham Ayah Kami Hj Khalip bin Yusop....

             1975 tahun keramat la aku dilahirkan didalam keluarga kecil Allahyarham Hj Khalip bin Yusuf bersama Hjh Fatimah bt lisut.....serba sikit tentang latar belakang aku.Adik beradik 4 orang ......ayah seorang kerani sekolah biasa yang tinggal di luar bandar ,Masjid Tanah tu memang kirakan luar bandar la mak bekerja jugak membantu ayah ....mengajar jahitan sebagai guru KEMAS (Kemajuan Masyarakat)....hidup yang sederhana dan mempunyai segala basic needs la org putih kata.....rumah sendiri yang aruah ayah siapkan utk kami 4 beradik.....kereta ala kereta buruk jer OPEL KADETT yang dikira mewah masa tu.....awal 79-80an ......kami berpindah kerumah baru yang siap dibina diatas tapak rumah lama kerana aruah ayah mewarisi rumah godang (rumah tua) aruah atuk dan nenek.Waktu tu umur aku baru 4 tahun ......

             ayah seorang yang begitu setia dengan parti dan semenjak muda lagi aktif dengan Umno dan bekerja untuk warga kampung dengan setia...belia 4B dan sebagainya.....zaman tu aku kira tiada sebarang kepentingan material dan diri kerana masyarakat ketika itu hidup susah dan majoriti bekerja kampung seperti menoreh getah dan bersawah padi.Masih ingat lagi waktu pilihanraya 1982/83 kira-kira gitulah aku melihat sendiri ayah dengan mak bekerja keras untuk parti dan pernah rumah kami dikunjungi oleh Bekas Ketua Menteri Melaka ketika itu Datuk Adib Adam.waktu budak-budak lagi dan ramai org kampung datang kerumah kami untuk mendengar ceramah kempen beliau.........keterujaan aku sangat luar biasa....yelah sorang pemimpin besar datang kerumah kita.Usia meningkat dewasa dan dewasa ketika mula berkhidmat didalam bidang perguruan ini......mengenangkan aruah ayah pernah pesan .....ko tu cikgu orang yang berilmu cuba dekat-dekatkan diri berkhidmat utk masayarakat......so dengan semangat yang berkobar aku telah menjadi AJK dalam Pemuda UMNO di cabang Kg Paya Rumput....oleh kerana kekangan masa aku terpaksa meletak jawatan dan tidak aktif lagi kerana faktor kesihatan aruah ayah yang kian uzur dan aku telah berumahtangga dengan tempat berkhidmat aku yang agak jauh.

             orang kata patah tumbuh hilang berganti ....bukan la aku nak memburuk sesiapa tetapi sepanjang aruah ayah menjadi pemimpin di kg tu...selama lebih 20 tahun aruah menjadi Ketua Cawangan dan Pengerusi JKKK....pengerusi Masjid.....bukan aku nak membangga aruah sgt dinamik dan pragmatis membawa kemajuan dan perubahan dikampung.Aku lihat sikap aruah ayah yang ikhlas berkerja dengan teamnya termasuklah bapa mertua aku mantan setiausaha beliau......aku berkahwin dengan anak dia atas padanan aruah yang mahu aku berkahwin dengan org kpg sendiri....aku lihat aruah sangat gembira atas perjodohan ini.Panjang ceritanya....sehingga kini kami bahagia dikurniakan 3 hero yg comel ......

           Pernah beberapa kali aruah menyuruh aku pindah mengajar dikampung sendiri tetapi aku tak endahkan kerana aku terlalu selesa di Johor.......aku berkhidmat di SK Kesang Muar selama 9 tahun dan SK parit bunga sudah 4 tahun lebih.......sehinggalah 2 januari 2009 aruah ayah telah pergi kembali mengadap penciptanya.....kami semua redha dengan pemergianya.....kerna perjuangan dan keihklasan aruah .Tujuan aku bercerita begini adalah untuk menbandingkan perjuangan politik aruah ayah dengan perjuangan zaman kini.Aku rasa agak jelik melihat perilaku sesetengah ahli politik yg hidup mewah sedangkan rakyat marhein seperti aku bekerja....membayar cukai....tetapi tidak mendapat pembelaan yg sepatutnya.....bukan tidak bersyukur tetapi kadangkala melihat masyarakat luar bandar yang dimanipulasikan dan diperbodohkan sedih dan pilu jugak.tak perlulah aku cerita lebih-lebih...sebab korang pun tahu sendiri....oleh kerana ada media alternatif aku dapat membezakan apakah sebenarnya propaganda apabila media dikuasai oleh sebelah pihak.Ok la nanti aku sambung lagi di part 2 ok

Monday, March 4, 2013

Singapore Zoo ......rainsforest zoo

Mandai Zoo

.........explore kehebatan zoo ni sangat menarik sebab dah banyak zoo yang aku dah pegi zoo ni yang paling best dan the Best la....five star....sampai 2 kali aku gi sana.sedikit maklumat la aku nak share kat sini....sila la layari Singapore Zoo di sini.

Tiket price agak reasonable berbanding USS laaa.untuk bawak anak-anak sangat sangat digalakkan tiket dewasa SGD25 dengan tram dan kanak-kanak SGD 18 dengan tram.....oleh kerana aku bawak baby yg kecil so kena la bawak stroler....

Gambo Kami di Zoo Singapura










Sunday, March 3, 2013

USS Part 2

Jenis Permainan dan Tema di USS  disini (Part 1)

- Antara yang paling menarik yelah Madagascar


Shrek Castle

Little Egypt

dan Transfomer yang penting sekali


overall semua budget ke sana : jap aku kira tiket dewasa 170++ (2 org) 120 (1 kanak) = 340+120=460
tukar SGD 100 (RM200) = 460 + 250 = RM 800 ++ tak sampai RM1K laaa....
tiket siap-siap beli sebulan sebelum trip ni.....duit tukar sebelum gi .....SGD100 pun dah cukup....utk beli makanan then singgah makan murtabak kat Zam Zam murtabak singapore di Arab st.

Arab Street



       Salah satu tempat wajib yang biasa saya kunjungi kalau ke Singapore.............terasa save and sound kat sini sebabnya ialah masjid Sultan .........tempat parking kereta yang luas dan selamat.....stesen MRT yang berhampiran ialah Bugis MRT (line hijau) so nak gi mana-mana pun senang......nantilah saya citer kenapa saya suka kat Arab St ni.....(next part 3)



USS Singapore Part 1

        Sebenarnya trip ni last year cume nak share dengan kekawan la mcm mana nak gi sana......trip ni saya free n easy jer...sume booking online..di website Resort World..nasib baik tiket masuk cume saya dgn wife n lutfi je yg kena then umar dan muqri free.

Depan New York St

Posing maut

Terlupa nak pakai kasut 
pakai selipar....peringatan
pakai pakaian yg sesuai dan nipis
bcoz cuaca sama mcm mesia....

Umar didepan USS







Pagi 6.30

- Bertolak dari umah ke CIQ Iskandar terus .....sarapan di Machap jam 8.00 pagi then mandi kan anak tukar baju 8.30 kami terus ke JB...

9.00
- CIQ ya allah jem giler sbb cutikan orang berpusu-pusu masuk singapore....dengan bantuan cik gps...kami tiba di Bugis St....parking kete kat area Arab St...naik MRT terus ke Habourfront.
cume yg lambat di CIQ Woodland sbb biasalah kastam singapore ni kiasu sikit semua orang di belek atas bawah....

12.00 
tengahari kami tiba di USS Sentosa....berenti jap kat 7e beli air,sandwich,nasi ayam paket yg murah sikit la berbanding kalau makan didalam USS paham-paham laaa.....

6.00
- Memandang aku bawak baby yang baru 5 Bulan so kena kuar cepat sebab dah nak mula meragam
dengan umar yang dah ngantuk....kepenatan.(bersambung lagi di part 2)

Thursday, February 14, 2013

Sunday, January 27, 2013

Batam Fest(Underground Visit)

        Lawatan unlimited saya berterusan lagi ke seberang lagi tapi ke KEPULAUAN RIAU.....negara tetangga kita yang serumpun,seagama dan sebudaya.Disertai keluarga sporting Cikgu Arfah@Cikgu Amir sungguh seronok dan teruja.Kami kesana menaiki feri dari Feri Terminal The Zon Stulang laut.Tentatif nyer hanya 2 hari 1 malam.Ada Pak Supir yang menunggu disana....tq abg mus(abg supir kitaorg)yg membawa kami semua meronda Pulau Batam.

        Perbedaan waktu WIB(waktu indonesia barat) sejam lewat kami bertolak jam 12.30 GMT Malaysia tiba di Batam Centre (Terminal feri utk feri dari Johor) jam 2.00 WIB. Lantas dibawa ke Hotel di Nagoya Hill .Nagoya merupakan pusat membeli belah yg terkenal di Batam.Hotel The Hills betul-betul depan dgn tarikan di Batam.
 Pemandangan Batam Centre

 Dari tingkap bilik inapan kami

 Bersama Keluarga Cikgu Arfah

 Hotel Penginapan kami 

 Berjalan 100 meter dari Hotel ke Hypermart
memang dekat.....sangat strategik.

 Nasi Padang Bunda Kanduang

       Sungguh menyelerakan.....

      Begitulah lawatan kami kesana....keseluruhan nak kesana lagi dengan kekawan yang lain insyallah .......boleh la kalau nak rasa suasana yang berbeza dengan negara kita.Ternyata rasa syukur nikmat berada dinegara sendiri bila melihat keadaan diseberang sana.

LEGOLAND 2012

  Teruja dengan pembukaan Legoland Malaysia....maka kami anak beranak telah kesana setelah 3 Bulan Legoland beroperasi...maka lengkaplah perjalanan ke taman tema kami pada tahun 2012 ni.April 2012 kami ke USS .....Jun 2012 ke Disneyland HK dan kini dinegara sendiri....kat negeri sendiri yelah...Lutfi,Umar n Muqrikan anak Johor.......So plan asal nak ke sana kami terjah tiket walkin dgn kupon KFC free utk Kids dan kupon Air Dutch Lady 20% off so kena byr dlm 200 plus laa.








Satu pengalaman yg manis utk bebudak tu bcoz review gi USS tu sesuai utk dewasa playground dan Disneyland pun sesuai dengan kanak-kanak.Legoland ni memang bagus utk kanak-kanak utk aktiviti membina dan membentuk.