Saturday, May 4, 2013

part 1 :BN atau PAS yerr sekadar berkongsi kenangan bersama Allahyarham Ayah Kami Hj Khalip bin Yusop....

             1975 tahun keramat la aku dilahirkan didalam keluarga kecil Allahyarham Hj Khalip bin Yusuf bersama Hjh Fatimah bt lisut.....serba sikit tentang latar belakang aku.Adik beradik 4 orang ......ayah seorang kerani sekolah biasa yang tinggal di luar bandar ,Masjid Tanah tu memang kirakan luar bandar la mak bekerja jugak membantu ayah ....mengajar jahitan sebagai guru KEMAS (Kemajuan Masyarakat)....hidup yang sederhana dan mempunyai segala basic needs la org putih kata.....rumah sendiri yang aruah ayah siapkan utk kami 4 beradik.....kereta ala kereta buruk jer OPEL KADETT yang dikira mewah masa tu.....awal 79-80an ......kami berpindah kerumah baru yang siap dibina diatas tapak rumah lama kerana aruah ayah mewarisi rumah godang (rumah tua) aruah atuk dan nenek.Waktu tu umur aku baru 4 tahun ......

             ayah seorang yang begitu setia dengan parti dan semenjak muda lagi aktif dengan Umno dan bekerja untuk warga kampung dengan setia...belia 4B dan sebagainya.....zaman tu aku kira tiada sebarang kepentingan material dan diri kerana masyarakat ketika itu hidup susah dan majoriti bekerja kampung seperti menoreh getah dan bersawah padi.Masih ingat lagi waktu pilihanraya 1982/83 kira-kira gitulah aku melihat sendiri ayah dengan mak bekerja keras untuk parti dan pernah rumah kami dikunjungi oleh Bekas Ketua Menteri Melaka ketika itu Datuk Adib Adam.waktu budak-budak lagi dan ramai org kampung datang kerumah kami untuk mendengar ceramah kempen beliau.........keterujaan aku sangat luar biasa....yelah sorang pemimpin besar datang kerumah kita.Usia meningkat dewasa dan dewasa ketika mula berkhidmat didalam bidang perguruan ini......mengenangkan aruah ayah pernah pesan .....ko tu cikgu orang yang berilmu cuba dekat-dekatkan diri berkhidmat utk masayarakat......so dengan semangat yang berkobar aku telah menjadi AJK dalam Pemuda UMNO di cabang Kg Paya Rumput....oleh kerana kekangan masa aku terpaksa meletak jawatan dan tidak aktif lagi kerana faktor kesihatan aruah ayah yang kian uzur dan aku telah berumahtangga dengan tempat berkhidmat aku yang agak jauh.

             orang kata patah tumbuh hilang berganti ....bukan la aku nak memburuk sesiapa tetapi sepanjang aruah ayah menjadi pemimpin di kg tu...selama lebih 20 tahun aruah menjadi Ketua Cawangan dan Pengerusi JKKK....pengerusi Masjid.....bukan aku nak membangga aruah sgt dinamik dan pragmatis membawa kemajuan dan perubahan dikampung.Aku lihat sikap aruah ayah yang ikhlas berkerja dengan teamnya termasuklah bapa mertua aku mantan setiausaha beliau......aku berkahwin dengan anak dia atas padanan aruah yang mahu aku berkahwin dengan org kpg sendiri....aku lihat aruah sangat gembira atas perjodohan ini.Panjang ceritanya....sehingga kini kami bahagia dikurniakan 3 hero yg comel ......

           Pernah beberapa kali aruah menyuruh aku pindah mengajar dikampung sendiri tetapi aku tak endahkan kerana aku terlalu selesa di Johor.......aku berkhidmat di SK Kesang Muar selama 9 tahun dan SK parit bunga sudah 4 tahun lebih.......sehinggalah 2 januari 2009 aruah ayah telah pergi kembali mengadap penciptanya.....kami semua redha dengan pemergianya.....kerna perjuangan dan keihklasan aruah .Tujuan aku bercerita begini adalah untuk menbandingkan perjuangan politik aruah ayah dengan perjuangan zaman kini.Aku rasa agak jelik melihat perilaku sesetengah ahli politik yg hidup mewah sedangkan rakyat marhein seperti aku bekerja....membayar cukai....tetapi tidak mendapat pembelaan yg sepatutnya.....bukan tidak bersyukur tetapi kadangkala melihat masyarakat luar bandar yang dimanipulasikan dan diperbodohkan sedih dan pilu jugak.tak perlulah aku cerita lebih-lebih...sebab korang pun tahu sendiri....oleh kerana ada media alternatif aku dapat membezakan apakah sebenarnya propaganda apabila media dikuasai oleh sebelah pihak.Ok la nanti aku sambung lagi di part 2 ok

No comments: