Sunday, May 12, 2013

Disney Parade

20120605_153906 by fizi4924
20120605_153906, a photo by fizi4924 on Flickr.

Setiap hari jam 4 ptg ada parade......wow best.

Setiap 10 minit ada show on the street.....


20120605_103320 a video by fizi4924 on Flickr.

Ni kat USA street......

Dalam MTR Tung Chung ke Sunny Bay(Disneyland Line)

20120605_084603 by fizi4924
20120605_084603, a photo by fizi4924 on Flickr.

MTR kat HK ni bersepah line dia...setiap 500M ada jaringan public transport....sgt efisyen..

Tiket masuk HK Disneyland

20120605_092155 by fizi4924
20120605_092155, a photo by fizi4924 on Flickr.

Dewasa RM140 kanak-kanak RM110 jerr.....HKD399 HKD100/RM39 aku siap-siap beli online sebelum ke HK

Pintu masuk Disneyland HK

20120605_092117 by fizi4924
20120605_092117, a photo by fizi4924 on Flickr.

Impian kanak-kanak ....termasuklah aku yg berusia 38 tahun ni akhirnya tertunailah impian tu

20120605_085547

20120605_085547 by fizi4924
20120605_085547, a photo by fizi4924 on Flickr.

Gambar kami di HK Disneyland

Friday, May 10, 2013

part 2 : BN atau PAS

   PRU 13 telah pun berlalu seminggu yang lepas....hidup kita perlulah diteruskan life goes on no matter apa punyang terjadi kita kenalah rehda dengan ketentuanya.Trend atau corak wahhh aku bereksperimen lah pulak manusia ni kian berubah menjadi lebih matang begitu juga dengan persekitaran  politik  Malaysia terutama di Semenanjung nmenunjukkan corak perubahan pemikiran rakyat seperti aku yang sudah terdedahkan dengan pelbagai media alternatif dan selalu melawat ke negara asing samada yang lebih baik dari Malaysia atau lebih teruk dari Malaysia.Sekadar melegakan hati ini mungkin Allah Taala kata terbaik untuk kita kita semestinya terima ketentuanya,bersabar .

   Biarlah masa yang menentukanya apa jua keputusanya itulah yang terbaik.Kekhilafan dan kejahilan kita yang agak keterlaluan kita kembali semula kepangkal jalan.MELAYU....apa akan terjadi dengan suvival bangsa kita.Jauh dari sudut hati kita perlu bersatu....untuk meneruskan kehidupan kita.Oleh yang demikian belajarlah menerima kekalahan dan yang menang jangan terlalu angkuh dengan kuasa anda kerana anda tidak menang dengan selesa jalankan tanggungjawab anda kerana AMANAH yang dipikul amat berat.....

  Kini semua orang sedang menunggu dan memerhati anda adakah anda menjalankan tanggungjawab anda cubalah belajar dan mengetahui apakah yang rakyat bawahan yang hina ini mahu....

Saturday, May 4, 2013

part 1 :BN atau PAS yerr sekadar berkongsi kenangan bersama Allahyarham Ayah Kami Hj Khalip bin Yusop....

             1975 tahun keramat la aku dilahirkan didalam keluarga kecil Allahyarham Hj Khalip bin Yusuf bersama Hjh Fatimah bt lisut.....serba sikit tentang latar belakang aku.Adik beradik 4 orang ......ayah seorang kerani sekolah biasa yang tinggal di luar bandar ,Masjid Tanah tu memang kirakan luar bandar la mak bekerja jugak membantu ayah ....mengajar jahitan sebagai guru KEMAS (Kemajuan Masyarakat)....hidup yang sederhana dan mempunyai segala basic needs la org putih kata.....rumah sendiri yang aruah ayah siapkan utk kami 4 beradik.....kereta ala kereta buruk jer OPEL KADETT yang dikira mewah masa tu.....awal 79-80an ......kami berpindah kerumah baru yang siap dibina diatas tapak rumah lama kerana aruah ayah mewarisi rumah godang (rumah tua) aruah atuk dan nenek.Waktu tu umur aku baru 4 tahun ......

             ayah seorang yang begitu setia dengan parti dan semenjak muda lagi aktif dengan Umno dan bekerja untuk warga kampung dengan setia...belia 4B dan sebagainya.....zaman tu aku kira tiada sebarang kepentingan material dan diri kerana masyarakat ketika itu hidup susah dan majoriti bekerja kampung seperti menoreh getah dan bersawah padi.Masih ingat lagi waktu pilihanraya 1982/83 kira-kira gitulah aku melihat sendiri ayah dengan mak bekerja keras untuk parti dan pernah rumah kami dikunjungi oleh Bekas Ketua Menteri Melaka ketika itu Datuk Adib Adam.waktu budak-budak lagi dan ramai org kampung datang kerumah kami untuk mendengar ceramah kempen beliau.........keterujaan aku sangat luar biasa....yelah sorang pemimpin besar datang kerumah kita.Usia meningkat dewasa dan dewasa ketika mula berkhidmat didalam bidang perguruan ini......mengenangkan aruah ayah pernah pesan .....ko tu cikgu orang yang berilmu cuba dekat-dekatkan diri berkhidmat utk masayarakat......so dengan semangat yang berkobar aku telah menjadi AJK dalam Pemuda UMNO di cabang Kg Paya Rumput....oleh kerana kekangan masa aku terpaksa meletak jawatan dan tidak aktif lagi kerana faktor kesihatan aruah ayah yang kian uzur dan aku telah berumahtangga dengan tempat berkhidmat aku yang agak jauh.

             orang kata patah tumbuh hilang berganti ....bukan la aku nak memburuk sesiapa tetapi sepanjang aruah ayah menjadi pemimpin di kg tu...selama lebih 20 tahun aruah menjadi Ketua Cawangan dan Pengerusi JKKK....pengerusi Masjid.....bukan aku nak membangga aruah sgt dinamik dan pragmatis membawa kemajuan dan perubahan dikampung.Aku lihat sikap aruah ayah yang ikhlas berkerja dengan teamnya termasuklah bapa mertua aku mantan setiausaha beliau......aku berkahwin dengan anak dia atas padanan aruah yang mahu aku berkahwin dengan org kpg sendiri....aku lihat aruah sangat gembira atas perjodohan ini.Panjang ceritanya....sehingga kini kami bahagia dikurniakan 3 hero yg comel ......

           Pernah beberapa kali aruah menyuruh aku pindah mengajar dikampung sendiri tetapi aku tak endahkan kerana aku terlalu selesa di Johor.......aku berkhidmat di SK Kesang Muar selama 9 tahun dan SK parit bunga sudah 4 tahun lebih.......sehinggalah 2 januari 2009 aruah ayah telah pergi kembali mengadap penciptanya.....kami semua redha dengan pemergianya.....kerna perjuangan dan keihklasan aruah .Tujuan aku bercerita begini adalah untuk menbandingkan perjuangan politik aruah ayah dengan perjuangan zaman kini.Aku rasa agak jelik melihat perilaku sesetengah ahli politik yg hidup mewah sedangkan rakyat marhein seperti aku bekerja....membayar cukai....tetapi tidak mendapat pembelaan yg sepatutnya.....bukan tidak bersyukur tetapi kadangkala melihat masyarakat luar bandar yang dimanipulasikan dan diperbodohkan sedih dan pilu jugak.tak perlulah aku cerita lebih-lebih...sebab korang pun tahu sendiri....oleh kerana ada media alternatif aku dapat membezakan apakah sebenarnya propaganda apabila media dikuasai oleh sebelah pihak.Ok la nanti aku sambung lagi di part 2 ok