Monday, April 19, 2010

Komentar tentang kerenah Pentadbir....

Kekadang banyak juga terdengar suara-suara sinis mengenai perilaku dan kerenah pengetua dan guru besat yang terlalu angkuh dengan kuasa yang ada pada mereka.......seperti yang telah saya ceritakan dalam n3 sebelum ni....emmmm kalau nak difikirkan memang tak jadi kerja kita ni yelah asyik nak ngumpat jerrkan...so teruskanlah bekerja ,didiklah anak murid kita dengan sebaik mungkin.Itulah punca rezeki kita sebenarnya.

Ada rakan guru yang membawa pulang kejayaan kepada sekolah tidak dihargai dan dinilai dengan baik.tiada kata-kata paling indah selain kata-kata kejian orang lain yang seprofesion yang mengejar kedudukan serta membodek pihak pentadbir.Ok lah nanti kita citer lagi dalam n3 yang akan datang. ok selamat malam..

Sunday, April 18, 2010

JENGAH SEBENTAR

Baru saja sampai dari kampung nan tercinta Masjit Tanah....emmmm penat dan mata jugak mengantuk....dari pagi pukul 7.30 pagi keluar dari rumah ibu terus ke Melaka semula terpacak didepan OUM menduduki peperiksaan terakhir utk semester ini,sebenarnya tiada apa yang persediaan yang dibuat bagi menghadapi kertas terakhir Pengenalan Pendidikan Muzik.
Baca modul kemudian tertidur....entahlah bagaimana hendak membahagikan masa untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama.Waktu menjawab peperiksaan tadi terfikir juga bagaimana aku hendak lulus dengan baik jika tidak belajar dengan betul dan konsisten.Hanya doa sahaja yang dapat membantu.

Sampai dirumah Kesang sudah jam 11.00 malam,esok memulakan rutin seperti biasa kesekolah,sememang hidup sejak 11 tahun kini telah berulang sama dan sama......sempak juga kami anak beranak singgah ke JJ Kota Melaka...untuk makan malam....menu seperti biasa KFC la.
sementara orang umah menggosok baju sempak lak jari jemari ni menulis rutin harian pada hari ini.Ok lah wahai blog kusayang masa untuk beradu telah tiba....esok kita cerita lagi...selamat malam...

Thursday, April 15, 2010

DILEMMA GURU RELIF SK PARIT BUNGA


Minggu yang agak kusam dan kelam kabut di sekolah ini menjadikan semua warganya seperti harimau dan singa kelaparan.....bapak2 serta ibu2 guru menjadi desperate kerana menerima relif yng banyak kerana ramai guru keluar menjalankan aktiviti PPD dan JPN ,cuti sakit dan cuti rehat khas.....kekangan ini menjadikan suasana sekolah ini tidak keruan.The moral of the stories janganlahkita mudah melenting apabila menerima relif.

Bak kata otai2 lain kali bila kita tak datang atau keluar orang lain yang mengantikan kita ,dah tiba masanya pulak kita gantikan orang tersebut......maka paham2 la sendiri.Negative thinking memang ada dlm diri ibu2 bapak2..........so jangan lah kita mudah melenting apabila diberikan relif masuk jer kedalam kelas dan wat la keje kita seperti menyiapkan buku rekod,menanda buku dan sebagainya...

Seperti cerita desperate House wife lak jalan cerita ni......aku memang suka nonton citer ni....ok janganlan kita mudah menjadi singa dan harimau kerana itu perangai haiwan bukan manusia....

REUNION MUNSHI 2010



Gambar yang diambil ketika menghadiri Pertemuan semula warga munshi.......teruja rasanyer.

Asrama Putera SMMA (Part 1)


Pemandangan Dorm 7 (Dorm asal aku)

SETELAH 20 TAHUN AKU KEMBALI SEMULA KE SM MUNSHI ABDULLAH....takan lupa ketika itu arwah ayah memindahkan aku dari SM Masjid Tanah ke Munshi ni setelah sebulan masuk ke tingkatan satu.....memang susah nak menerima apabila berjauhan dengan mak dan aruah ayah ketika tu,keputusan berat tu diambil sementelah melihat perkembangan pelajaran aku yang tidak begitu baik jika tinggal dirumah.....dengan berat hati aku telah dihantar ke aspura munshi meneruskan pendidikan menengah aku ,buat pertama kalinya tinggal dibumbung aspura selama 6 tahun sehingga tingkatan 6 rendah.


Asrama Putera Munshi

Waktu tu memang taknak masuk asrama,aku tak dapat menerima arahan aruah ayah yang mahukan aku bersekolah disana...apakan daya aku akur dengan kemahuaan aruah ayah....dia seaakan mengetahui masa depan yang lebih cerah menanti aku disana,yelah waktu sekolah rendah pencapaianku tak seberapa.Maka awal tahun 1988 bermulalah episod baruku menjejakkan kaki ku ke aspura yang bertuah ni.....Harap2 lepas ni dapat wat reunion untuk semua bekas aspurakan....kita tido semula bilik asal kita makan kat dewan makan tu semula mesti timbul semula kenangan lama kita masa tinggal sebumbung aspura ni.

Sambung semula cerita tadi....iklan jap ,maka masuklah aku dialam asrama putera ni dengan penuh keterujaan...emmm ingatkan sesuatu mimpi yang indah....bestnyer dok kat asrama ni....wah syok nye....semua nya bertukar menjadi mimpi ngeri buat aku.....seminggu orientasi waktu tu budaya bully dah menjadi darah daging semua penghuni senior asrama.Aku merasalah jugak bila abg-abg senior buli adik-adik senior ni...hanya tuhan yang tahu,nama-nama tu tak perlulah aku mention biarlah ia menjadi lipatan sejarah hidup aku.Ialah setelah masuk kealam asrama ni semua kerenah segala makleka aku telan .Boleh bertahan lagi lagilah sehingga tahun 1993....ok lah nanti kita sambung lagi cerita tentang kehidupan ku di aspura dilain masa yer.....



Tuesday, April 13, 2010

Kerenah Pentadbir Sekolah (Part3)

Ini adalah petikan dari beberapa blog yang saya baca,kesinisan amat ketara takkala kini terdapat sekolah yang dilabelkan sebagai sekolah SBT.....

"Di sekolah terdapat ramai Guru Besar perempuan. Sepanjang saya bertugas, ramai rakan-rakan GB terdiri dari GB perempuan. Secara ikhlas saya menerima banyak komen dari guru bahkan ramai diantara PK lelaki yang tidak menyenangi GB perempuan (walaupun bukan semua). Terdapat ramai pekerja yang susah untuk berurusan dengan GB perempuan. Kegagalan berkomunikasi dengan baik adalah punca timbul masalah GB dengan kakitangan / guru bawahan. Mereka seringkalai memperincikan arahan yang diterima dan JPN / PPD secara langsung tanpa kompromi. Dalam arahan yang sebegini, budi bicaara merupakan aspek penting ketika membuat arahan. Ada diantaranya mempunyai kebolehan mengurus yang rendah disebabkan kurang pengetahuan (sebelum ini) untuk menguruskan kerja-kerja asas harian seperti kegagalan prasarana di sekolahnya - kerosakan, pembaikan, pembinaan, kemudahan letrik, air dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini adalah penting dalam memperkasakan kebolehan mengurus.

Selain dari itu, pengalaman lalu dalam pengurusan sumber manusia juga penting. Ianya tidak diajar dengan cara khusus bila menjawat jawatan GB sebaliknya perlu dipelajari melalui pengalaman lalu ketika menjadi PK atau ketika melibatkan diri dalam organisasi lain didalam atau diluar skop pendidikan. Pengurusan sistem pejabat dan lain-lain sistem di sekolah dengan berkesan dapat membantu meminima rasa tidak puashati orang bawahan kita. Selain itu, GB tidak boleh angkuh dan sombong. Saya ‘ketua’, saya ‘Guru Besar’, saya ’tahu’, saya … saya … semua saya (hebat), juga tidak membantu tetapi kata-kata yang lebih berhemah dengan raut wajah yang sering menyelesaikan masaalah menyebabkan tidak timbul banyak masaalah.

Sungguhpun nasib GB perempuan ini tidak seperti nasib Pn Seri M tetapi didapati ramai GB perempuan yang menukarkan PKnya, berulang-alik ke PPD mengadu hal guru di bawahnya, meronta-ronta untuk menukarkan guru masing-masing, bermasam muka dengan staf dan sebagainya. Ini berlaku kerana GB ini tidak dapat menguruskan masaalah yang timbul di sekolahnya. Tidak dapat dinafikan ada GB lelaki pun yang seperti itu (termasuk saya)."


Rumusan yang dapat saya buat ialah kita kerja kerana allah taala dan juga anak didik kita yang utama itu perlu diberikan tumpuan sepenuhnya......bukan hal-hal yang remeh temeh ini...

Kerenah Pentadbir Sekolah (Part2)

http://gurutertindas.blogspot.com/">

Bacalah untuk kita semua......

Friday, April 9, 2010

Kerenah Pentadbir Sekolah (Part 1)

Bukan satu gossip tetapi cerita yang sebenarnya berlaku......kekadang bila memikirkan golongan pentadbir terlalu rigid dan melampau....hati terlalu sakit ,dimana sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan golongan ini mengejar nama dan kedudukan....ingin menjadi top atau kedudukan yang paling baik ,mengejar rangking peringkat daerah,negeri dan KEBANGSAAN menjadikan golongan perfectionist in rakus menyentap dan memeras golongan bawahan....mengejar nama dan kedudukan menjadi fokus mereka tanpa memikirkan nasib anak bangsa.....kita bukan mengejar berapa ramai yang boleh mendapat A tetapi melahirkan anak bangsa yang mempunyai kemahiran berfikir dan menguasai asas pendidikan sudah mencukupi.....

Wednesday, April 7, 2010

Lutfi demam lagi...emmmm



Dah masuk 3 hari dak lutfi demam....2 buah klinik telah saya singgah akhirnya mlm tadi g klinik Roshidi....tak kebah2 lagi dari semalam...gisau gak den sebab dengar2 kekawan cakap area Jasin makin teruk HINI ni.....harap2 jauhkan lah ya allah dari segala musibah dan wabak ni ya allah....

EXAM OUM UNTUK FINAL JANUARY SEMESTER



fuhhhhh.............baru jer sampai umah ni ,tadi pagi pukul 9 pagi dah tercangak kat depan OUM Melaka hari ni exam Kertas Pengenalan Pendidikan visual ....boleh la jawab semua soalan yang diberikan,kekadang tu study last minute ni memberikan kredit becoz ada gak yg kuar masa exam tadi orang kata untung batu tenggelam untung sabut timbul

Tuesday, April 6, 2010

Anak Buah Den dapat 9 Straight A SPM 2009


Anak buah saya sorang ni Fariza....mencipta sejarah keluarga...yelah mendapat 9A dlm SPM memang sukar menjangkakan....anyway tahniah....so lovely momentkan...fariza,pakcik teramat teruja bila nengok ko berjaya then biler auntie ko bagitau pakcik....wah boleh MAKAN BESAT lepas ni...bukan per kekadang kita jangan la pandang sebelah mata or underdog to somebodykan........masing2 punya keupayaan sendiri,jangkaan tu kekadang meleset........sememang nyer pakcik respek kat ko la fariza,kalau ada aruah atuk mesti suka dan nangis tengok ko berjaya dpt 9a tu kakak,alangkah pakcik dapat SPM gred 2 tupun dia suka...then dpt masuk form six siap wat solat syukur kat JPN melaka masa tu,tulah yg ingat sampai sekarang...sedih lak ngenangkan kisah yang lalu..I ill be somebody skrg ni.

Kejayaan tu takan datang bergolek depan kita,satu dugaan sebenarnaya atau batu loncatan utk kejayaan seterusnyer...

Lama dah tak update blog ni

..........emmm sementelah la dah aku tak menjenguk jendela blog aku yang dah bersawang ni...ehhhh banyak pulak habuk yang nak dibersihkan,bukan apa kekadang mood tu tak de,tak sampai apa yang nak diucapkan...........terasa pulak sang blog tu nanti...tak pelah pelan saya buka pintu blog ni.....agar tak runtuh pulak pintu blog nih.