Tuesday, April 13, 2010

Kerenah Pentadbir Sekolah (Part3)

Ini adalah petikan dari beberapa blog yang saya baca,kesinisan amat ketara takkala kini terdapat sekolah yang dilabelkan sebagai sekolah SBT.....

"Di sekolah terdapat ramai Guru Besar perempuan. Sepanjang saya bertugas, ramai rakan-rakan GB terdiri dari GB perempuan. Secara ikhlas saya menerima banyak komen dari guru bahkan ramai diantara PK lelaki yang tidak menyenangi GB perempuan (walaupun bukan semua). Terdapat ramai pekerja yang susah untuk berurusan dengan GB perempuan. Kegagalan berkomunikasi dengan baik adalah punca timbul masalah GB dengan kakitangan / guru bawahan. Mereka seringkalai memperincikan arahan yang diterima dan JPN / PPD secara langsung tanpa kompromi. Dalam arahan yang sebegini, budi bicaara merupakan aspek penting ketika membuat arahan. Ada diantaranya mempunyai kebolehan mengurus yang rendah disebabkan kurang pengetahuan (sebelum ini) untuk menguruskan kerja-kerja asas harian seperti kegagalan prasarana di sekolahnya - kerosakan, pembaikan, pembinaan, kemudahan letrik, air dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini adalah penting dalam memperkasakan kebolehan mengurus.

Selain dari itu, pengalaman lalu dalam pengurusan sumber manusia juga penting. Ianya tidak diajar dengan cara khusus bila menjawat jawatan GB sebaliknya perlu dipelajari melalui pengalaman lalu ketika menjadi PK atau ketika melibatkan diri dalam organisasi lain didalam atau diluar skop pendidikan. Pengurusan sistem pejabat dan lain-lain sistem di sekolah dengan berkesan dapat membantu meminima rasa tidak puashati orang bawahan kita. Selain itu, GB tidak boleh angkuh dan sombong. Saya ‘ketua’, saya ‘Guru Besar’, saya ’tahu’, saya … saya … semua saya (hebat), juga tidak membantu tetapi kata-kata yang lebih berhemah dengan raut wajah yang sering menyelesaikan masaalah menyebabkan tidak timbul banyak masaalah.

Sungguhpun nasib GB perempuan ini tidak seperti nasib Pn Seri M tetapi didapati ramai GB perempuan yang menukarkan PKnya, berulang-alik ke PPD mengadu hal guru di bawahnya, meronta-ronta untuk menukarkan guru masing-masing, bermasam muka dengan staf dan sebagainya. Ini berlaku kerana GB ini tidak dapat menguruskan masaalah yang timbul di sekolahnya. Tidak dapat dinafikan ada GB lelaki pun yang seperti itu (termasuk saya)."


Rumusan yang dapat saya buat ialah kita kerja kerana allah taala dan juga anak didik kita yang utama itu perlu diberikan tumpuan sepenuhnya......bukan hal-hal yang remeh temeh ini...

No comments: