Sunday, April 18, 2010

JENGAH SEBENTAR

Baru saja sampai dari kampung nan tercinta Masjit Tanah....emmmm penat dan mata jugak mengantuk....dari pagi pukul 7.30 pagi keluar dari rumah ibu terus ke Melaka semula terpacak didepan OUM menduduki peperiksaan terakhir utk semester ini,sebenarnya tiada apa yang persediaan yang dibuat bagi menghadapi kertas terakhir Pengenalan Pendidikan Muzik.
Baca modul kemudian tertidur....entahlah bagaimana hendak membahagikan masa untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama.Waktu menjawab peperiksaan tadi terfikir juga bagaimana aku hendak lulus dengan baik jika tidak belajar dengan betul dan konsisten.Hanya doa sahaja yang dapat membantu.

Sampai dirumah Kesang sudah jam 11.00 malam,esok memulakan rutin seperti biasa kesekolah,sememang hidup sejak 11 tahun kini telah berulang sama dan sama......sempak juga kami anak beranak singgah ke JJ Kota Melaka...untuk makan malam....menu seperti biasa KFC la.
sementara orang umah menggosok baju sempak lak jari jemari ni menulis rutin harian pada hari ini.Ok lah wahai blog kusayang masa untuk beradu telah tiba....esok kita cerita lagi...selamat malam...

No comments: