Friday, August 28, 2015
Wednesday, April 22, 2015
Tuesday, January 6, 2015
Sunday, September 29, 2013
kita berfrog hari ini sehingga esok la yoo
ingat tak post yang hari tu saya menghadiri pelancaran frog......hari ni saya menghadiri bengkel nyer di PPD Muar.Sangat intersting dan tidak memboringkan seperti kursus yang lain.
Friday, September 20, 2013
Medan free n easy....2013
Pemandangan dari Bilik Hotel Madani
Menunggu Flight yang delay hampir 2 jam
Dak Amir,Mak n ayah
Pemandangan Jam 6.30 pagi
AA ada wat promo dalam bulan Januari ,ricki dapat rembat tiket murah ke Medan Sumatera Utara dengan harga yang paling murah,untuk 10 orang termasuk ayah mertua dan ibu mertua,adik ipar dan biras dengan anak mereka dan kami berlima.......4 April lalu berlepaslah kami ke Bandara Polonia Medan .....lawatan singkat 3 hari 2 malam.Segala urusan tiket,boarding pass saya siap print dari rumah...tempahan hotel di Medan ,kebetulan dapat menginap di Hotel Madani berhadapan dengan Masjid Maimon dan berdekatan dengan istana Maimon memudahkan segala urusan..
Hari kedua setelah tiba pada waktu malamnya di Medan .....kami semua tido dan pagi sabtu memulakan lawatan kami ke Masjid dan istana maimon,tengahari kami menyewa kereta dan pemandu membawa kami melawat sekitar Medan,iaitu Taman buaya Asam Kumbang,pasar ikan dan gedung membeli belah disekitar Medan...pada petangnya kami ke Pasar Ikan yang terkenal dengan gedung tekstil dan baju-baju ,tapi amat tidak selesa kerana diganggu dengan penjual jalanan yang memaksa kami untuk membeli barangan mereka sehingga kami rimas dan cepat meninggalkan pasar ikan.Pak Benny supir kami membawa kami keluar kemudian ke Gedung Tekstil di sekitar Jalan Riau.Malamnya kami keluar makan disekitar Hotel dimana letaknya Food Court yang agak bersih dan ada sebuah kedai serbanika INDOMARET yang seakan sama dengan 7 Eleven di Malaysia.
Hari terakhir pada Ahad 6 April kami bersiar sekitar kawasan kompleks Simpang Raya YUKI yang terletak bersebelahan dengan Hotel.Tak da apa yang menarik cuma sekadar melihat keadaan kota medan yang agak sibuk dan macet.Penerbangan pulang kami jam 5.00 ptg waktu WIB dan tiba di LCCT jam 7 malam.Tertunai sudah hajat kami suami isteri membawa ayah dan mak mertua saya berlibur di Indonesia.Insyaallah kami akan bertandang lagi ke Sumatera Utara.
Wednesday, September 18, 2013
Jikalau ini berlaku kat Malaysia mesti bestkan
Jika kerjaya kita dianggap profesional tidak diperkotak katikkan dengan tugas yang bukan hakiki ini lah yang terjadi pada sistem tutttuttut kita kat mesia ni....jadi kita akan jadi maju seperti dicanangkan oleh pemimpin peminpin yang diatas sana.
Bahagiakah bila berada di negara paling bahagia di dunia??
ini adalah kisah yang saya paste dari seorang warga malaysia yang menetap di Denmark.....kredit to mr imran dari blog dari klate ke copenhagen yang menceritakan tentang negara denmark .....
saya rasa adakah MALAYSIA berada diantara negara yang paling bahagia.....kunun wawasan 2020
Alhamdulillah nukilan tak seberapa yang dikarang oleh penulis DKKC telah tersiar di ruangan rencana di website 'the Malaysia Insider'. Hantar untuk ruangan 'opinion' keluar jadi rencana plak. tapi tak kisah la..Bahagiakah bila berada di negara paling bahagia di dunia??
The Malaysian Insider
Rencana
PUNCA DENMARK MENJADI NEGARA PALING BAHAGIA DI DUNIA
- MUHAMMAD IMRAN ISMAIL
saya rasa adakah MALAYSIA berada diantara negara yang paling bahagia.....kunun wawasan 2020
Alhamdulillah nukilan tak seberapa yang dikarang oleh penulis DKKC telah tersiar di ruangan rencana di website 'the Malaysia Insider'. Hantar untuk ruangan 'opinion' keluar jadi rencana plak. tapi tak kisah la..Bahagiakah bila berada di negara paling bahagia di dunia??
The Malaysian Insider
Rencana
PUNCA DENMARK MENJADI NEGARA PALING BAHAGIA DI DUNIA
- MUHAMMAD IMRAN ISMAIL
![]() |
| Nyhavn, pelabuhan kecil di Denmark. Penuh dengan orang tak kira musim panas atau sejuk |
![]() |
| Salah satu iklan menarik di Copenhagen. Diskaun untuk membeli cenderamata berdasarkan umur. Umur 52 dapat 52% diskaun, kalau 78 tahun dapat 78% dan kalau 100 tahun, free je kot. |
| Berbasikal ke mana-mana saja |
| Nenek warga emas berjoging semasa salji masih tebal |
Denmark sekali lagi mengekalkan takhta sebagai negara paling bahagia di dunia
berdasarkan laporan tahunan kedua yang dikeluarkan oleh UN Sustainable
berdasarkan laporan tahunan kedua yang dikeluarkan oleh UN Sustainable
Development Solutions Network, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam
Laporan Kebahagiaan Dunia 2013 (World Happiness Report 2013).
Tahap kegembiraan sesebuah negara dinilai berdasarkan enam elemen penting iaitu
kesihatan jangka hayat (health life expectancy), persepsi terhadap rasuah
(perceptions of corruption), KDNK per kapita (GDP per capita), kebebasan untuk
membuat pilihan hidup(freedom to make life choices), sokongan sosial (social support) dan
juga kemurahan hati (generosity). Laporan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik
di Earth Institute di University of Columbia itu mengklasifikasikan tahap kebahagiaan pada
skala 1 hingga 10. Denmark mendapat 7.693 mata manakala Malaysia pula berada
di tangga ke-56 dengan 5.760 mata dari keseluruhan 156 negara yang tersenarai.
Apa yang menarik, kelima-lima negara yang mengungguli carta negara paling gembira
atau bahagia di dunia adalah negara yang terletak di utara eropah iaitu
Denmark (1), Norway (2), Switzerland (3), Netherlands (4) dan juga Sweden (5).
Jadi, apakah punca sebenar rakyat di negara tersebut gembira dan bahagia?
Adakah faktor cuaca dan lokasi sesebuah negara?
Daripada pemerhatian dan pengamatan penulis yang berada di bumi Denmark selama
hampir tiga tahun, terdapat banyak faktor yang mendorong Denmark menjadi negara
paling gembira di dunia. Apa yang pasti ia bukan disebabkan faktor cuaca kerana negara
di skandinavia mengalami musim sejuk yang panjang. Mana mungkin, seseorang itu
boleh menjadi lebih gembira sekiranya sentiasa dibelenggu cuaca yang sejuk dan
dingin sepanjang tahun. Jadi apakah faktor sebenar yang melayakkan Denmark
digelar sebagai negara paling bahagia?
Kebajikan rakyat terjaga Denmark sememangnya cukup dikenali sebagai
model contoh sebuah negara kebajikan. Semua warganegara mempunyai
hak yang sama dalam aspek keselamatan sosial dan beberapa perkhidmatan
disediakan untuk rakyat secara percuma. Contohnya kemudahan kesihatan.
Di Denmark, setiap individu bebas memilik klinik panel dan doktor keluarga masing-masing.
Ini termasuk semua penduduk sama ada berstatus penduduk tetap ataupun sementara.
Semua diberikan insurans kesihatan bagi menjamin kebajikan orang yang menetap
di Denmark terjaga.
Tidak keterlaluan dinyatakan bahawa negara ini turut menitikberatkan kebajikan haiwan
peliharaan.Penulis sendiri pernah melalui pengalaman yang merumitkan walau sekadar ingin
memelihara ikan kecil di dalam rumah. Ini adalah kerana untuk memelihara ikan,
sampel air di rumah perlu dihantar untuk dianalisis dan perlu membeli akuarium yang
mempunyai saiz tertentu serta lengkap dengan peralatan khas termasukkan sistem
pengaliran udara dan juga penapisan air. Pendek kata, jika tuntutan tersebut tidak dapat
dipenuhi maka ikan tidak akan dijual. Semua langkah ini dijalankan bagi memastikan
kebajikan ikan yang bakal dipelihara terjaga.
Pendidikan percuma
Dalam sistem kebajikan Denmark, pendidikan juga adalah percuma dari sekolah rendah
hingga universiti. Kadar literasi di Denmark antara yang tertinggi di dunia iaitu 99%.
Pendidikan awal kanak-kanak lebih tertumpu sebagai tempat membina kemahiran berdikari
dan bersosial serta menyuburkan nilai murni dan jati diri. Pelajar sekolah tidak terbeban
dengan timbunan kerja sekolah yang perlu dilangsaikan setiap hari. Sekali seminggu,
guru akan membawa kanak-kanak kecil melawat zoo, muzium, taman rekreasi dan
tasik dengan hanya menaiki pengangkutan awam seperti bas dan juga keretapi
tanpa perlu menempah bas sekolah atau van. Mudah dan senang bukan?
Semua mahasiswa di universiti tidak perlu membayar yuran pengajian bagi
institusi pengajian tinggi awam dan juga hampir semua institusi pengajian tinggi swasta.
Malahan semuanya ditawarkan bantuan kewangan bulanan yang dikenali sebagai
Statens Uddannelsesstøtte (The State's Educational Support). Institusi pendidikan
di Denmark mempunyai tahap yang tinggi dan menggabungkan pendekatan pembelajaran
yang inovatif bagi menghasilkan pelajar yang berperananan aktif dalam masyarakat
berasaskan pengetahuan global. Apa yang menarik, institusi pendidikan turut mendapat
manfaat daripada kerjasama yang erat dengan pihak industri dan institusi
penyelidikan lain bagi memperkayakan suasana pembelajaran yang efektif untuk pelajar.
Kerja sedikit, gaji banyak
Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun lalu melaporkan
pekerja di Denmark mempunyai purata tempoh waktu kerja yang kedua terendah selepas
Netherlands iaitu hanya 33 jam seminggu. Semua pekerja turut memperolehi
sekurang-kurangnya lima minggu cuti bergaji untuk bercuti di musim panas.
Tidak dinafikan pekerja di Denmark juga turut selesa menikmati gaji bulanan yang tinggi.
Misalnya gaji minimum yang disyaratkan oleh kerajaan Denmark adalah
115 danish kroner iaitu kira-kira RM66 sejam.
Bagaimanapun, pekerja dikenakan cukai yang cukup tinggi.
Purata cukai yang dikenakan adalah dari 38-55% bergantung kepada jumlah pendapatan tahunan.
Malah, potongan cukai boleh mencapai sehingga 68%.
Walaupun cukai yang dikenakan tinggi, warga tempatan seolah reda kerana
mereka sama-sama dapat menikmati kemudahan dan prasana kelas pertama
yang disediakan kerajaan. Misalnya, jaringan pengangkutan awam yang efisen serta pilihan
perkhidmatan internet dan telekomunikasi yang baik.
Selain itu, undang-undang buruh negara Denmark mengamalkan konsep
'flexicurity' iaitu gabungan unik di antara fleksibiliti (flexibility) dan juga
keselamatan ataupun jaminan (security). Konsep unik ini membolehkan majikan
bebas melantik atau memecat pekerja. Bagaimanapun, sekiranya dipecat,
pekerja tersebut akan dilindungi kerajaan yang mana penganggur berhak mendapat
gaji minimum yang membolehkannya menyara hidup sehingga mendapat kerja
yang baru dalam tempoh dua tahun.
Pekerja juga mempunyai waktu kerja yang fleksibel. Kebanyakan
majikan membenarkan pekerja memilih waktu masuk kerja.
Apa yang penting kerja yang ditugaskan diselesaikan dalam tempoh
waktu kerja yang ditetapkan. Lebih menarik, ibu yang melahirkan anak boleh
mendapat cuti bersalin dengan gaji penuh sehingga setahun.
Manakala si bapa pula boleh mendapat cuti bergaji jika pasangan bersalin hingga tiga bulan.
Menarik bukan?
Persekitaran sihat dan selamat
Penduduk di sekitar bandar Copenhagen gemar menggunakan basikal untuk ke sesuatu tempat.
Oleh itu kesesakan lalu lintas adalah sangat kurang walaupun pada waktu puncak.
Situasi ini bukan sahaja baik untuk alam sekitar malah baik untuk kesihatan.
Masyarakat tempatan juga gemar melakukan aktiviti riadah tanpa mengira waktu.
Seringkali kelihatan orang ramai bersenam dan berjoging tidak kira dalam kehujanan,
pada waktu malam malah semasa salji turun sekalipun.
Di kawasan kejiranan pula banyak disediakan taman kecil dan tempat beriadah.
Sementelahan itu, jika cuaca baik, maka berpusu-pusu orang ramai keluar
bersiar-siar atau hanya sekadar duduk di bangku di beranda sambil menikmati sinar mentari.
Malah sewaktu musim sejuk sekalipun mereka gemar menceriakan
suasana sambil beristirehat di rumah dengan memasang lilin beraroma atau
lebih dikenali sebagai 'hygge' dalam bahasa tempatan. Perkataan itu sendiri
sebenarnya sukar didefinisikan kerana mempunyai konotasi berbeza-beza.
Tetapi boleh ditakrifkan sebagai keselesaan. Contohnya, dengan menikmati
secawan kopi sambil dibaluti selimut sambil membaca buku. Suasana sebegini
sudah tentu mendamaikan dan membuatkan hati menjadi tenang dan selesa.
Antara faktor lain yang menjadikan seseorang itu sentiasa gembira adalah apabila berasa selamat.
Kadar jenayah di Denmark secara keseluruhannya rendah.
Jarang sekali terdengar kes tembakan, kecurian atau rompakan.
Tirai besi tidak diperlukan untuk membaluti tingkap kaca rumah.
Anak kecil juga boleh bebas bermain di sekitar kediaman tanpa
ibu bapa perlu risau bahaya kes penculikan.
Lantaran itu, faktor sebegini mendorong rakyat di Denmark menjadi sentiasa
ceria dan gembira serta sangat berpuas hati dengan kehidupan masing-masing.
Memang penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia tetapi
kekayaan sesebuah negara bukanlah menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan.
* Penulis adalah pelajar yang baru menamatkan ijazah sarjana di Copenhagen, Denmark.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
P/S: Terima kasih editor TMI sudi siarkan. Terima kasih juga atas pembetulan.
Perkataan 'redha' rupanya ejaan yang betul adalah 'reda'. Tapi ada satu lagi editor
tak perasaan, perkataan 'and' terlupa dipadam pada perenggan kedua.
Tapi tak pe, janji mesej dan info yang nak disampaikan, sampai kepada pembaca
Subscribe to:
Posts (Atom)













