Wednesday, May 23, 2012

Kegilaan melancong....

Entahlah sejak kebelakangan ini saya kerap makan angin dengan isteri dan 3 anak lelaki saya.Bermula dengan menyiapkan pasport antarabangsa saya pada Jun 2010....saya test memandu masuk ke singapura.....trip last minute saya terjah......masa sampai di CIQ saya suspen gak sebab tanpa guide saya terjah jer negara across the couseway .....berjaya gak tapi sesat.

     Pada bulan berikutnya....saya dan isteri menerjah tetapi dengan perancangan yang agak rapi juga.Saya menaiki bas dari Larkin dan terus ke Kranji MRT menaiki mrt ke Merlion Park,Arab st dan makan di Geylang Serai.Trip ini juga berjaya...tapi penatnya bukan kepalang.

My trip to Universal Studio.....



Singapore slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Rainy Zoooooo : P Slideshow: Babahumar’s trip from Johor Bahru, Johor, Malaysia to Singapore was created by TripAdvisor. See another Singapore slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.


Monday, April 16, 2012

Short Trip ke Singapore+Universal studio+Singapore zoo





















































 























Orang lain ke Australia,Hong Kong...tapi aku dgn wife gi singapore jerrr

Monday, April 19, 2010

Komentar tentang kerenah Pentadbir....

Kekadang banyak juga terdengar suara-suara sinis mengenai perilaku dan kerenah pengetua dan guru besat yang terlalu angkuh dengan kuasa yang ada pada mereka.......seperti yang telah saya ceritakan dalam n3 sebelum ni....emmmm kalau nak difikirkan memang tak jadi kerja kita ni yelah asyik nak ngumpat jerrkan...so teruskanlah bekerja ,didiklah anak murid kita dengan sebaik mungkin.Itulah punca rezeki kita sebenarnya.

Ada rakan guru yang membawa pulang kejayaan kepada sekolah tidak dihargai dan dinilai dengan baik.tiada kata-kata paling indah selain kata-kata kejian orang lain yang seprofesion yang mengejar kedudukan serta membodek pihak pentadbir.Ok lah nanti kita citer lagi dalam n3 yang akan datang. ok selamat malam..

Sunday, April 18, 2010

JENGAH SEBENTAR

Baru saja sampai dari kampung nan tercinta Masjit Tanah....emmmm penat dan mata jugak mengantuk....dari pagi pukul 7.30 pagi keluar dari rumah ibu terus ke Melaka semula terpacak didepan OUM menduduki peperiksaan terakhir utk semester ini,sebenarnya tiada apa yang persediaan yang dibuat bagi menghadapi kertas terakhir Pengenalan Pendidikan Muzik.
Baca modul kemudian tertidur....entahlah bagaimana hendak membahagikan masa untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama.Waktu menjawab peperiksaan tadi terfikir juga bagaimana aku hendak lulus dengan baik jika tidak belajar dengan betul dan konsisten.Hanya doa sahaja yang dapat membantu.

Sampai dirumah Kesang sudah jam 11.00 malam,esok memulakan rutin seperti biasa kesekolah,sememang hidup sejak 11 tahun kini telah berulang sama dan sama......sempak juga kami anak beranak singgah ke JJ Kota Melaka...untuk makan malam....menu seperti biasa KFC la.
sementara orang umah menggosok baju sempak lak jari jemari ni menulis rutin harian pada hari ini.Ok lah wahai blog kusayang masa untuk beradu telah tiba....esok kita cerita lagi...selamat malam...

Thursday, April 15, 2010

DILEMMA GURU RELIF SK PARIT BUNGA


Minggu yang agak kusam dan kelam kabut di sekolah ini menjadikan semua warganya seperti harimau dan singa kelaparan.....bapak2 serta ibu2 guru menjadi desperate kerana menerima relif yng banyak kerana ramai guru keluar menjalankan aktiviti PPD dan JPN ,cuti sakit dan cuti rehat khas.....kekangan ini menjadikan suasana sekolah ini tidak keruan.The moral of the stories janganlahkita mudah melenting apabila menerima relif.

Bak kata otai2 lain kali bila kita tak datang atau keluar orang lain yang mengantikan kita ,dah tiba masanya pulak kita gantikan orang tersebut......maka paham2 la sendiri.Negative thinking memang ada dlm diri ibu2 bapak2..........so jangan lah kita mudah melenting apabila diberikan relif masuk jer kedalam kelas dan wat la keje kita seperti menyiapkan buku rekod,menanda buku dan sebagainya...

Seperti cerita desperate House wife lak jalan cerita ni......aku memang suka nonton citer ni....ok janganlan kita mudah menjadi singa dan harimau kerana itu perangai haiwan bukan manusia....

REUNION MUNSHI 2010



Gambar yang diambil ketika menghadiri Pertemuan semula warga munshi.......teruja rasanyer.